QSNS Construction Training membawa kepada tuan-tuan 11 modul seminar dalam pelbagai bidang, iaitu merangkumi Pengurusan Bisness, Modul Kejuruteraan Awam, Modul Bangunan dan juga Modul Kejuruteraan Elektrikal dan Mekanikal.
QSNS berpendapat bahawa kefahaman asas di dalam bidang mekanikal dan elektrikal mesti dikuasai oleh pengurusan kontraktor utama bagi meningkatkan keupayaan mengkoordinasi kerja yang melibatkan pembinaan bangunan dengan elemen mekanikal dan elektrikal.
Kesemua program yang disusun dikenakan yuran penyertaan yang minima oleh CIDB dan ianya meliputi bahan kursus, makan tengahari, minum pagi dan petang (kos penginapan tidak termasuk dalam pakej ini).
CIDB telah mensyaratkan bilangan peserta setiap kursus adalah terhad kepada 30 orang sahaja bagi memastikan tumpuan dan tahap interaksi yang terbaik diantara para peserta dan penceramah.
Sijil penyertaan akan diberikan atas Nama peserta dan Nama syarikat. Ini bagi membolehkan syarikat menerima mata CCD sekiranya pegawai tersebut tidak lagi berkhidmat dalam syarikat tersebut.
- Pengurusan Bisnes
MODUL PAKAR (5 Hari/RM 250.00)
- Sistem Bekalan Air (loji rawatan, pengagihan & penyelenggaraan)
- Kerja Tanah
- Sistem Penyaman Udara & Pengedaran Udara
- Sistem Automasi Bangunan
- Sistem Pencegahan & Perlindungan Kebakaran
- Sistem Keselamatan Bangunan
- Kerja Pembaikan Konkrit
- Kerja Cerucuk - mengikut pelbagai kaedah penanaman (driving)
- Kerja Bangunan - Perumahan
- Kerja Bangunan - Institusi Pendidikan
- IBS
- Pemilik/ rakan kongsi syarikat;
- Pengarah Syarikat;
- Pengurusan utama syarikat yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF;
- Staf teknikal dan pengurusan yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF
- Pengurus tapak binaan
TEMPAT PROGRAM
Program akan dilaksanakan di lokasi-lokasi yang strategik, mengikut daerah di Negeri Sembilan dan Melaka. Kami sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai dan selesa untuk mengadakan sessi seminar. Sekiranya tuan mempunyai kumpulan melebihi 15 orang dan mempunyai premis yang sesuai, kami boleh membawa seminar tersebut ke tempat tuan-tuan. Pakej kewangan bagi pengendalian seminar tersebut boleh dibincangkan, dan boleh menjadi sumber tambahan kepada tuan-tuan.
Program yang disusun di Seremban akan dijalankan di:
Mutiara Oakland, Bilik seminar KKMNS,
No. 163, Jalan Haruan 5/5,
Oakland Commerce Square,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: (06) 633 3663 atau (06) 633 3662
PENDAFTARAN PROGRAM
- Pilih kursus yang bersesuaian dan isikan borang penyertaan program dengan lengkap
- Sertakan yuran penyertaan yang bertepatan
- Sila kembalikan segala keperluan yang diminta ke pejabat QSNS sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Untuk keterangan lanjut sila hubungi
QSNS CONSTRUCTION TRAINING
(Pusat latihan Bertauliah Kontraktor CIDB)
No. 72-1, Jalan TKS 7, Taman Komersil Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: (06) 678 7395, (06) 672 0491
Fax: (06) 677 2926
email: qsnstraining@yahoo.com
Koordinator Kursus : En. Hussaini Harun (012-790 6505) Cik Izzati Sanusi (019-6669870)