Bukan semua kontraktor berlatarbelakangkan pendidikan teknikal. Tetapi semua kontraktor adalah usahawan. Untuk menjadikan mereka usahawan berjaya, CIDB telah merangka satu program peningkatan kemahiran teknikal dan professionalisme perniagaan yang dikenali sebagai Program CCD.
QSNS Construction Training membawa kepada tuan-tuan 11 modul seminar dalam pelbagai bidang, iaitu merangkumi Pengurusan Bisness, Modul Kejuruteraan Awam, Modul Bangunan dan juga Modul Kejuruteraan Elektrikal dan Mekanikal.
QSNS berpendapat bahawa kefahaman asas di dalam bidang mekanikal dan elektrikal mesti dikuasai oleh pengurusan kontraktor utama bagi meningkatkan keupayaan mengkoordinasi kerja yang melibatkan pembinaan bangunan dengan elemen mekanikal dan elektrikal.
Kefahaman asas juga mampu membolehkan pengurus-pengurus tapak binaan untuk mampu meneliti kepatuhan kepada Keperluan Kerajaan pada peringkat penyediaan tender reka dan bina, dan spesifikasi kerja semasa peringkat pembinaannya oleh sub-kontraktor pakar.
Kesemua program yang disusun dikenakan yuran penyertaan yang minima oleh CIDB dan ianya meliputi bahan kursus, makan tengahari, minum pagi dan petang (kos penginapan tidak termasuk dalam pakej ini).
CIDB telah mensyaratkan bilangan peserta setiap kursus adalah terhad kepada 30 orang sahaja bagi memastikan tumpuan dan tahap interaksi yang terbaik diantara para peserta dan penceramah.
Sijil penyertaan akan diberikan atas Nama peserta dan Nama syarikat. Ini bagi membolehkan syarikat menerima mata CCD sekiranya pegawai tersebut tidak lagi berkhidmat dalam syarikat tersebut.
CIDB juga membenarkan lebih dari seorang pegawai menghadiri kursus yang sama. Ini adalah untuk mengambilkira kemungkinan syarikat akan melaksanakan lebih dari satu projek pada satu masa. Sijil penyertaan dan kelulusan akan hanya dikeluarkan kepada peserta yang mengikuti modul program dengan secukupnya.
Kegagalan kontraktor atau syarikat untuk mencapai mata CCD yang diperlukan mungkin akan menyebabkan gred pendaftaran syarikat diturunkan atau bidang-bidang yang didaftarkan dikurangkan.
Sehubungan dengan itu penyertaan adalah dibuka kepada kontraktor atau ahli pengurusan syarikat pembinaan yang layak dan mereka-mereka yang berminat untuk mengikuti program CCD ini.
KEPERLUAN MATA CCD
Jumlah mata CCD yang perlu dikumpul oleh kontraktor adalah seperti berikut:-
Gred pendaftaran & Mata CCD setahun yang diperlukan:-
G7 - 40 mata
G6 dan G5 - 30 mata
G4 dan G3 - 20 mata
G2 dan G1 - 10 mata
Pengiraan bagi jumlah mata CCD akan dibuat berdasarkan kepada jumlah mata CCD sepanjang tempoh pendaftaran dan dibahagi dengan bilangan tahun pendaftaran.
MODUL
MODUL BISNES (4 Hari/RM 200.00)
MODUL PAKAR (5 Hari/RM 250.00)
Sistem Bekalan Air (loji rawatan, pengagihan & penyelenggaraan)
Kerja Tanah
Sistem Penyaman Udara & Pengedaran Udara
Sistem Automasi Bangunan
Sistem Pencegahan & Perlindungan Kebakaran
Sistem Keselamatan Bangunan
Kerja Pembaikan Konkrit
Kerja Cerucuk - mengikut pelbagai kaedah penanaman (driving)
Kerja Bangunan - Perumahan
Kerja Bangunan - Institusi Pendidikan
- IBS
PENYERTAAN
Penyertaan program adalah terbuka kepada:-
Pemilik/ rakan kongsi syarikat;
Pengarah Syarikat;
Pengurusan utama syarikat yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF;
Staf teknikal dan pengurusan yang digajikan dan dibukti dengan penyata EPF
Pengurus tapak binaan
TEMPAT PROGRAM
Program akan dilaksanakan di lokasi-lokasi yang strategik, mengikut daerah di Negeri Sembilan dan Melaka. Kami sedang mencari lokasi-lokasi yang sesuai dan selesa untuk mengadakan sessi seminar. Sekiranya tuan mempunyai kumpulan melebihi 15 orang dan mempunyai premis yang sesuai, kami boleh membawa seminar tersebut ke tempat tuan-tuan. Pakej kewangan bagi pengendalian seminar tersebut boleh dibincangkan, dan boleh menjadi sumber tambahan kepada tuan-tuan.
Program yang disusun di Seremban akan dijalankan di:
Mutiara Oakland, Bilik seminar KKMNS,
No. 163, Jalan Haruan 5/5,
Oakland Commerce Square,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: (06) 633 3663 atau (06) 633 3662
PENDAFTARAN PROGRAM
Pilih kursus yang bersesuaian dan isikan borang penyertaan program dengan lengkap
Sertakan yuran penyertaan yang bertepatan
Sila kembalikan segala keperluan yang diminta ke pejabat QSNS sebelum tarikh yang ditetapkan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
QSNS CONSTRUCTION TRAINING
(Pusat latihan Bertauliah Kontraktor CIDB)
No. 72-1, Jalan TKS 7, Taman Komersil Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: (06) 678 7395, (06) 672 0491
Fax: (06) 677 2926
email: qsnstraining@yahoo.com
Koordinator Kursus : En. Hussaini Harun (012-790 6505) Cik Izzati Sanusi (019-6669870)