Modul Pengurusan Bisnes
Kepakaran dan minat seseorang kontraktor tidak menjamin kejayaan perniagaan beliau. Pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat, kepatuhan kepada akta dan undang-undang sekiranya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya akan menjadikan impian membina empayar perniagaan menjadi sia-sia.
Di dalam pengurusan kewangan, tuan-tuan akan didedahkan kepada pemahaman aliran tunai syarikat, yang bermula dari merangka jadual perlaksanaan projek. Tuan-tuan akan dapat memahami keperluan kewangan tambahan sekiranya projek hendak disiapkan di dalam tempoh yang ditetapkan dan juga keperluan kewangan tambahan sekiranya pembayaran lambat diproses.
Tuan-tuan akan diberikan kefahaman tentang pematuhan kepada Akta dan Undang-undang yang melibatkan struktur organisasi, tentang Undang-undang Buruh, hak-hak pekerja dan terutamanya kakitangan wanita yang mengandung, supaya syarikat tuan-tuan tidak dikenakan tindakan oleh pihak berwajib.
Selain itu, Modul Pengurusan Bisness akan juga merangkumi aspek-aspek berikut :
JARINGAN PERNIAGAAN
- Analisa Aliran Tunai
- Perancangan Projek
- Teknologi Komuniksi & Maklumat
- Malumat Pasaran
- Profail Syarikat
- Analisa dan Laporan
- Membina Hubungan Rakan Niaga
SUMBER MANUSIA
- Pengurusan Sumber Manusia
- Dokumen Kontrak
- Perhubungan Industri & Keperluan Statutori
- Polisi Pengurusan
- Pengambilan Sumber Manusia
- Dokumen Kontrak Pekerjaan
- Belanjawan Projek
- Program Latihan
- Pembangunan Sumber Manusia
- Penilaian Prestasi Sumber Manusia
- Belanjawan Sumber Manusia
- Pengkalan Data Sumber Manusia
PERAKAUNAN PROJEK
- Pengenalan kepada Perakaunan Projek
- Program Kerja
- Pemerolehan
- Tuntutan
- Alat Perakaunan & Kewangan
- Alat Pengurusan Projek
- Perakuan Muktamad
SUMBER DANA & PEMBIAYAAN PROJEK
- Pengenalan
- Teknologi Komunikasi & Maklumat (ICT)
- Penjadualan Projek
- Struktur Pecahan Kos
- Penyata Kewangan Syarikat
- Sumber Dana & Kemudahan Pembiayaan Kewangan
PERUNTUKAN PERUNDANGAN
- Kewajipan Berkanun
- Keperluan Pendaftaran Kontraktor
- Badan Kerajaan Terlibat Dalam Urusan Pembinaan
- Resolusi Pertikaian
- Undang-undang Alam Sekitar 1974
Satu sesi woksyop untuk perancangan dan kefahaman aliran tunai projek akan diadakan sebagai tambahan kepada nota piawai yang diberi. Perserta diminta membawa bersama kalkulator pada hari tersebut.